4. Dengarlah doaku, ya Allah;endahkanlah kata-kataku.
5. Orang sombong datang menyerang aku,orang zalim ingin membunuh aku,mereka tidak menghiraukan Allah.
6. Tetapi Allah ialah penolongku,Tuhan ialah pembelaku.
7. Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.
8. Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.
9. Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,dan aku telah melihat musuhku dikalahkan.