Mazmur 54:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)

2. pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.

3. Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.

4. Dengarlah doaku, ya Allah;endahkanlah kata-kataku.

5. Orang sombong datang menyerang aku,orang zalim ingin membunuh aku,mereka tidak menghiraukan Allah.

6. Tetapi Allah ialah penolongku,Tuhan ialah pembelaku.

Mazmur 54