6. Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata.Engkau pendusta!
7. Oleh itu, Allah akan memusnahkan engkau selama-lamanya;Dia akan menangkap dan menarik engkau dari rumah;Dia akan melenyapkan engkau dari dunia orang hidup.
8. Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut;mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata,
9. “Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah,tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah,dan mencari perlindungan dalam jenayah.”
10. Tetapi aku umpama pokok zaitun yang tumbuh di Rumah Allah;aku bergantung kepada kasih-Nya selama-lamanya.
11. Ya Allah, aku akan sentiasa bersyukur kepada-Mu,kerana segala perbuatan-Mu;di tengah-tengah umat-Mu,aku akan memberitakan kebaikan-Mu.