Mazmur 52:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Sajak Daud,

2. pada masa Doeg, orang Edom itu menghadap Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud sudah pergi ke rumah Abimelekh.

3. Hai orang gagah, mengapa engkau membanggakan kejahatanmuterhadap orang yang dikasihi Allah?

4. Sepanjang hari engkau merancang kehancuran orang;mulutmu setajam pisau cukur,dan dusta sentiasa engkau karang.

5. Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,dan lebih menyukai fitnah daripada kebenaran.

6. Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata.Engkau pendusta!

Mazmur 52