7. “Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;Aku akan menyalahkan kamu, hai Israel.Akulah Allah, Allah kamu.
8. Aku tidak menyalahkan kamu kerana persembahan kamu,dan korban untuk menyenangkan hati-Ku yang selalu kamu persembahkan.
9. Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,ataupun kambing daripada ternakan kamu,
10. kerana haiwan di hutan milik-Ku,dan juga lembu di atas ribuan bukit.
11. Semua burung liar kepunyaan-Ku,juga semua makhluk hidup di padang.
12. Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu,kerana dunia serta segala isinya milik-Ku.
13. Adakah Aku makan daging lembu jantan,ataupun minum darah kambing?
14. Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.
15. Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”
16. Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,
17. kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.
18. Apabila kamu melihat pencuri, kamu berkawan dengan mereka,kamu bergaul dengan orang yang berzina.