Mazmur 50:5-17 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Dia berfirman, “Himpunkanlah umat-Ku yang setia,yang telah mengikat perjanjian dengan Akudan mengukuhkannya dengan mempersembahkan korban.”

6. Langit mengisytiharkan keadilan Allah,kerana Allah itu hakim.

7. “Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;Aku akan menyalahkan kamu, hai Israel.Akulah Allah, Allah kamu.

8. Aku tidak menyalahkan kamu kerana persembahan kamu,dan korban untuk menyenangkan hati-Ku yang selalu kamu persembahkan.

9. Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,ataupun kambing daripada ternakan kamu,

10. kerana haiwan di hutan milik-Ku,dan juga lembu di atas ribuan bukit.

11. Semua burung liar kepunyaan-Ku,juga semua makhluk hidup di padang.

12. Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu,kerana dunia serta segala isinya milik-Ku.

13. Adakah Aku makan daging lembu jantan,ataupun minum darah kambing?

14. Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.

15. Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”

16. Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,

17. kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.

Mazmur 50