12. Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu,kerana dunia serta segala isinya milik-Ku.
13. Adakah Aku makan daging lembu jantan,ataupun minum darah kambing?
14. Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.
15. Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”
16. Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,
17. kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.
18. Apabila kamu melihat pencuri, kamu berkawan dengan mereka,kamu bergaul dengan orang yang berzina.
19. Kamu sentiasa mengatakan yang jahat;dengan tidak ragu-ragu kamu berdusta.
20. Kamu sedia menuduh saudara kamu,dan memfitnah saudara sekandung.
21. Itulah yang kamu lakukan,tetapi Aku diam sahaja,maka kamu berfikir Aku seperti kamu juga.Tetapi sekarang Aku mencela kamu,dan menjadikan perkara itu nyata bagi kamu.
22. Dengarlah, hai kamu yang melupakan Aku,jika tidak, Aku akan membinasakan kamu;dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan kamu.
23. Orang yang mempersembahkan ucapan syukur sebagai korban untuk menghormati Aku,dan orang yang taat kepada-Ku akan Kuselamatkan.”