Mazmur 50:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Asaf.TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa berfirman;Dia berseru kepada seluruh bumi dari timur sampai ke barat.

2. Dari Sion, kota yang terindah,Allah bersinar seperti matahari.

3. Apabila Allah kita datang, Dia tidak diam;api yang bernyala-nyala mendahului Dia,ribut yang sangat kencang mengelilingi-Nya.

4. Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi,untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.

5. Dia berfirman, “Himpunkanlah umat-Ku yang setia,yang telah mengikat perjanjian dengan Akudan mengukuhkannya dengan mempersembahkan korban.”

6. Langit mengisytiharkan keadilan Allah,kerana Allah itu hakim.

Mazmur 50