Mazmur 49:5-13 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa,dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi.

6. Aku tidak takut akan masa kesusahan,ketika aku dikelilingi oleh musuh,

7. orang yang bergantung kepada kekayaan mereka,dan membanggakan harta mereka yang banyak.

8. Tidak seorang pun dapat menebus dirinya;dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah,

9. kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal;apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup

10. untuk mengelakkan diri dari kubur,supaya dia dapat hidup selama-lamanya.

11. Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal;orang bodoh dan orang tolol pun akan mati.Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.

12. Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka;di sana mereka tinggal selama-lamanya,walaupun mereka pernah mempunyai tanah.

13. Walaupun manusia itu kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.

Mazmur 49