Mazmur 49:15-21 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati,dan digembalakan oleh maut.Orang jujur akan mengalahkan mereka,mayat mereka cepat mereput;dunia orang mati menjadi kediaman mereka.

16. Tetapi Allah akan menyelamatkan aku;Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut.

17. Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya,apabila harta mereka bertambah-tambah;

18. apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa;harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.

19. Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka,dan dipuji kerana kejayaan mereka,

20. mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga,ke tempat yang gelap selama-lamanya.

21. Walaupun manusia menjadi kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.

Mazmur 49