Mazmur 44:12-27 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Engkau membiarkan kami disembelih seperti domba,Engkau mencerai-beraikan kami ke negeri asing.

13. Engkau menjual umat-Mu dengan harga yang murah,tanpa mendapat keuntungan apa-apa.

14. Engkau menjadikan kami ejekan jiran kami;mereka mengolok-olokkan dan mentertawakan kami.

15. Engkau menjadikan kami ejekan bangsa-bangsa;mereka menggelengkan kepala dan mengumpat kami.

16. Sepanjang hari aku dihina,dan diliputi perasaan malu,

17. kerana mendengar sindiran dan hinaanyang dilemparkan oleh musuh dan pendendam.

18. Semuanya menimpa kamiwalaupun kami tidak melupakan Engkau,ataupun memungkiri perjanjian-Mu dengan kami.

19. Kami tidak pernah melawan Engkau;kami tidak pernah melanggar perintah-Mu.

20. Tetapi Engkau meninggalkan kami yang lemah dengan binatang liar;Engkau meninggalkan kami dalam kegelapan yang gelita.

21. Jika kami berhenti menyembah Allah kami,lalu menyembah tuhan lain,

22. tentu Engkau akan mengetahuinya,kerana Engkau mengetahui rahsia hati manusia.

23. Tetapi kerana Engkau, kami diancam maut setiap masa,kami diperlakukan seperti domba sembelihan.

24. Bangunlah, ya Tuhan! Mengapakah Engkau tidur?Bangkitlah! Jangan tolak kami selama-lamanya!

25. Mengapakah Engkau menyembunyikan diri?Jangan lupakan penderitaan dan kesusahan kami!

26. Kami jatuh hancur di tanah,dan terbaring di atas debu kerana kalah.

27. Bangkitlah dan tolonglah kami!Kerana kasih-Mu itu, selamatkanlah kami!

Mazmur 44