Mazmur 44:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur puak Korah. Sajak. Untuk pemimpin koir.

2. Ya Allah, kami sendiri telah mendengarkisah yang diceritakan oleh nenek moyang kami,tentang perbuatan besar yang Engkau lakukanpada zaman dahulu kala.

3. Engkau sendiri mengusir bangsa-bangsasupaya umat-Mu menetap di negeri mereka;Engkau mencelakakan bangsa-bangsa lain,tetapi menjadikan umat-Mu makmur.

4. Mereka tidak menakluki negeri ini dengan pedang;mereka tidak menang dengan kuasa mereka sendiri,tetapi dengan kuasa dan kekuatan serta hadirat-Mu,kerana Engkau berkenan kepada umat-Mu.

5. Engkaulah Rajaku dan Allahku;Engkau memberikan kemenangan kepada umat-Mu.

6. Dengan kuasa-Mu kami mengalahkan musuh kami,dan menakluki orang yang menyerang kami.

7. Aku tidak bergantung kepada busur,atau pedang untuk menyelamatkan diri,

8. kerana Engkaulah yang menyelamatkan kami,dan mengalahkan mereka yang membenci kami.

9. Kami akan sentiasa memuji Engkaudan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

10. Tetapi sekarang, ya Allah, Engkau meninggalkan kamidan membiarkan kami dikalahkan;Engkau tidak lagi maju bersama dengan tentera kami.

11. Engkau membuat kami lari daripada musuh,dan mereka merampas segala harta kami.

12. Engkau membiarkan kami disembelih seperti domba,Engkau mencerai-beraikan kami ke negeri asing.

13. Engkau menjual umat-Mu dengan harga yang murah,tanpa mendapat keuntungan apa-apa.

14. Engkau menjadikan kami ejekan jiran kami;mereka mengolok-olokkan dan mentertawakan kami.

15. Engkau menjadikan kami ejekan bangsa-bangsa;mereka menggelengkan kepala dan mengumpat kami.

Mazmur 44