8. Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik tentang diriku,mereka memikirkan yang paling buruk tentang aku.
9. Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekalidan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”
10. Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai,orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.
11. Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku,agar aku dapat membalas musuh-musuhku.
12. Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku,kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.
13. Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku;Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.