3. TUHAN akan melindungi dan memelihara mereka,TUHAN akan membahagiakan mereka di negeri ini;TUHAN tidak akan menyerahkan mereka kepada musuh.
4. TUHAN akan menolong mereka ketika mereka sakitdan memulihkan kesihatan mereka.
5. Aku berkata, “Ya TUHAN, aku telah berdosa terhadap-Mu;kasihanilah aku dan sembuhkanlah aku!”
6. Musuhku mengumpat aku.Mereka mahu aku mati dan dilupakan.
7. Mereka yang mengunjungi aku tidak ikhlas;mereka mengumpulkan segala berita yang buruk tentang aku,lalu keluar dan menyebarkannya ke mana-mana.