9. Selamatkanlah aku daripada segala dosaku,dan jangan biarkan aku menjadi ejekan orang dungu.
10. Aku diam dan tidak membuka mulutku,kerana inilah perbuatan-Mu.
11. Janganlah hukum aku lagi,aku hampir mati kerana pukulan-Mu.
12. Engkau menghukum dosa manusia dengan teguran-Mu,dan seperti gegat, Engkau memusnahkan kesukaan mereka.Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas sahaja.
13. Dengarlah doaku, ya TUHAN,dan sambutlah rayuanku;janganlah diam ketika aku menangis.Aku menjadi tetamu-Mu hanya untuk sementara,seperti nenek moyangku.
14. Janganlah ganggu aku supaya aku dapat sedikit kebahagiaan,sebelum aku meninggal dan tiada lagi.