3. Aku diam membatu, tidak berkata sepatah pun,walaupun tentang perkara yang baik.Tetapi penderitaanku bertambah berat,
4. dan hatiku penuh kecemasan.Semakin aku berfikir, semakin susah hatiku;lalu aku bertanya,
5. “Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematiankusupaya aku tahu betapa singkatnya hidupku.”
6. Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan!Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa.Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,
7. hidup mereka berlalu seperti bayangan.Segala perbuatan mereka sia-sia;mereka mengumpulkan harta,tetapi tidak tahu siapa akan mewarisinya.
8. Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan?Aku berharap kepada-Mu.
9. Selamatkanlah aku daripada segala dosaku,dan jangan biarkan aku menjadi ejekan orang dungu.
10. Aku diam dan tidak membuka mulutku,kerana inilah perbuatan-Mu.
11. Janganlah hukum aku lagi,aku hampir mati kerana pukulan-Mu.