Mazmur 38:4-19 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Aku sakit parah kerana kemarahan-Mu;seluruh badanku sakit kerana dosaku.

5. Aku lemas dalam banjir dosaku;dosaku terlalu berat bagiku.

6. Kerana perbuatanku yang bodoh,luka-lukaku bernanah dan busuk.

7. Aku menjadi bongkok, aku tersungkur;aku berdukacita sepanjang hari.

8. Demam membakar badanku,dan aku sakit tenat.

9. Aku remuk-redam dan kehabisan tenaga;aku mengeluh kerana hatiku susah.

10. Ya Tuhan, Engkau tahu keinginanku;Engkau mendengar segala keluhanku.

11. Jantungku berdebar-debar, tenagaku hilang,dan mataku sudah menjadi suram.

12. Sahabat dan jiranku tidak mahu menghampiri aku kerana kudisku;bahkan keluargaku pun turut menjauhi aku.

13. Orang yang hendak membunuh aku memasang perangkap untukku,dan mereka yang ingin menyakiti aku mengancam hendak membinasakan aku;sepanjang hari mereka berkomplot menentang aku.

14. Aku umpama orang pekak yang tidak dapat mendengar,umpama orang bisu yang tidak dapat bercakap.

15. Aku umpama orang yang tidak menjawab,kerana tidak dapat mendengar.

16. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku.

17. Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku;jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku!

18. Aku hampir jatuh,dan sentiasa kesakitan.

19. Aku mengakui dosaku;hatiku cemas memikirkan kesalahanku.

Mazmur 38