Mazmur 38:16-20 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku.

17. Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku;jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku!

18. Aku hampir jatuh,dan sentiasa kesakitan.

19. Aku mengakui dosaku;hatiku cemas memikirkan kesalahanku.

20. Musuh-musuhku sihat dan kuat;banyak orang yang membenci aku tanpa sebab.

Mazmur 38