14. Aku umpama orang pekak yang tidak dapat mendengar,umpama orang bisu yang tidak dapat bercakap.
15. Aku umpama orang yang tidak menjawab,kerana tidak dapat mendengar.
16. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku.
17. Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku;jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku!
18. Aku hampir jatuh,dan sentiasa kesakitan.
19. Aku mengakui dosaku;hatiku cemas memikirkan kesalahanku.
20. Musuh-musuhku sihat dan kuat;banyak orang yang membenci aku tanpa sebab.
21. Mereka yang membalas kebaikan dengan kejahatan,menentang aku kerana aku berusaha melakukan yang benar.