Mazmur 37:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;

6. Dia akan menyebabkan kebaikanmubersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

7. Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

8. Jangan marah atau panas hati;hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.

9. Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini,tetapi orang yang jahat akan diusir.

Mazmur 37