Mazmur 37:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.

5. Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;

6. Dia akan menyebabkan kebaikanmubersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

7. Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

8. Jangan marah atau panas hati;hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.

Mazmur 37