27. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik,supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya;
28. kerana TUHAN suka akan kebenaran,dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.Dia melindungi mereka selama-lamanya,tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
29. Orang yang salih akan memiliki negeri ini,dan tinggal di sini selama-lamanya.
30. Kata-kata orang yang baik itu bijak,dan mereka sendiri pun adil.
31. Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hatidan tidak menyimpang daripadanya.