1. Mazmur Daud.Jangan geram kerana orang jahat;jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah.
2. Mereka segera lenyap seperti rumput,dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.
3. Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.
4. Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
5. Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;
6. Dia akan menyebabkan kebaikanmubersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.