Mazmur 36:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.

2. Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,

3. kerana mereka membanggakan diri,dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.

4. Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.

5. Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil;tiada perbuatan mereka yang baik,dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.

6. Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit,kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.

7. Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,dan keadilan-Mu sedalam laut.Engkau menjaga manusia dan haiwan.

Mazmur 36