Mazmur 35:9-20 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Maka aku akan bergembira kerana TUHAN;aku akan bersukacita kerana Dia menyelamatkan aku.

10. Dengan sepenuh hati aku akan berkata kepada TUHAN,“Engkau tiada bandingnya.Engkau melindungi orang lemah daripada orang kuat,orang miskin dan sengsara daripada penindas mereka.”

11. Saksi-saksi jahat menuduh aku,kerana perkara yang tidak aku ketahui.

12. Mereka membalas kebaikan dengan kejahatan,dan aku putus harapan.

13. Semasa mereka sakit, aku berkabung dan berpuasa;aku berdoa dengan menundukkan kepala,

14. seperti mendoakan seorang sahabat atau saudara.Aku tunduk kepala kerana berdukacita,seperti orang yang menangisi kematian ibunya.

15. Tetapi waktu aku dalam kesusahan, mereka semua bergembiradan mengerumuni sambil mengejek-ejek aku;orang yang tidak aku kenalterus-menerus memukul aku.

16. Seperti orang yang memperolokkan orang lumpuh,mereka memandang aku dengan kebencian.

17. Berapa lama lagi, ya Tuhan,Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku?Selamatkanlah aku daripada serangan mereka;selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu!

18. Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam perhimpunan umat-Mu,aku akan memuji Engkau dalam pertemuan mereka itu.

19. Jangan biarkan musuhku, pendusta itu,mentertawakan kekalahanku!Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab,bergembira kerana kedukaanku!

20. Mereka tidak bercakap dengan ramah;sebaliknya, mereka memfitnah orang yang mencintai kedamaian.

Mazmur 35