17. Berapa lama lagi, ya Tuhan,Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku?Selamatkanlah aku daripada serangan mereka;selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu!
18. Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam perhimpunan umat-Mu,aku akan memuji Engkau dalam pertemuan mereka itu.
19. Jangan biarkan musuhku, pendusta itu,mentertawakan kekalahanku!Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab,bergembira kerana kedukaanku!
20. Mereka tidak bercakap dengan ramah;sebaliknya, mereka memfitnah orang yang mencintai kedamaian.
21. Mereka menjerit-jerit menuduh aku,“Kami nampak perbuatanmu!”
22. Tetapi Engkau, ya TUHAN, tahu akan perkara ini.Kerana itu, janganlah berdiam diri,janganlah jauhkan diri!
23. Bangunlah, ya Tuhan, dan belalah aku;bangkitlah, ya Allahku, dan tolonglah aku.
24. Belalah aku kerana Engkau adil, ya TUHAN,jangan biarkan musuhku mentertawakan aku.
25. Jangan biarkan mereka berkata sesama sendiri,“Itulah yang kami ingini selama ini!”Jangan biarkan mereka berkata,“Kami telah mengalahkan dia!”
26. Biarlah orang yang menghina penderitaankudikalahkan sama sekali dan dibingungkan;biarlah orang yang mengaku diri lebih baik daripada akudiliputi perasaan kesal dan malu.
27. Semoga orang yang ingin melihat aku dinyatakan benar,bersorak gembira dan berulang kali berkata,“TUHAN sungguh agung;Dia gembira kerana kemakmuran hamba-Nya!”
28. Maka aku akan memberitakan keadilan-Mu,dan aku akan memuji Engkau sepanjang hari.