7. Dia mengumpulkan laut di suatu tempat;Dia menahan lautan di dalam bendungan.
8. Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi!Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia!
9. Apabila Dia berfirman, dunia tercipta;oleh firman-Nya, segala-galanya dijadikan.
10. TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa;Dia meniadakan niat mereka.
11. Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya,dan tujuan-Nya tidak berkesudahan.
12. Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya;berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!
13. TUHAN memandang ke bawah dari syurga,dan melihat semua manusia.
14. Dari takhta-Nya Dia mengamatisemua yang tinggal di bumi.
15. Dialah yang membentuk hati mereka,dan mengetahui segala perbuatan mereka.
16. Raja menang bukan kerana tenteranya besar,askar menang bukan kerana kuat.
17. Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang;kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan.
18. TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya,mereka yang mengharapkan kasih-Nya.
19. Dia menyelamatkan mereka daripada kematian;Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan.
20. Kita berharap kepada TUHAN;Dialah penolong dan pelindung kita.
21. Kita bersukacita kerana Dia;kita percaya kepada nama-Nya yang suci.
22. Semoga kasih-Mu menyertai kami, ya TUHAN,kerana kami berharap kepada-Mu.