Mazmur 33:6-16 Alkitab Berita Baik (BM)

6. TUHAN mencipta langit dengan perintah-Nya,matahari, bulan, dan bintang dijadikan oleh firman-Nya.

7. Dia mengumpulkan laut di suatu tempat;Dia menahan lautan di dalam bendungan.

8. Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi!Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia!

9. Apabila Dia berfirman, dunia tercipta;oleh firman-Nya, segala-galanya dijadikan.

10. TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa;Dia meniadakan niat mereka.

11. Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya,dan tujuan-Nya tidak berkesudahan.

12. Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya;berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!

13. TUHAN memandang ke bawah dari syurga,dan melihat semua manusia.

14. Dari takhta-Nya Dia mengamatisemua yang tinggal di bumi.

15. Dialah yang membentuk hati mereka,dan mengetahui segala perbuatan mereka.

16. Raja menang bukan kerana tenteranya besar,askar menang bukan kerana kuat.

Mazmur 33