5. Selamatkanlah aku daripada perangkap yang dipasang untukku;Engkaulah tempat perlindunganku.
6. Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu.Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.
7. Engkau membenci orang yang menyembah berhala,tetapi aku percaya kepada TUHAN.
8. Aku akan bergembira dan bergirang,kerana Engkau tetap mengasihi aku.Engkau nampak penderitaanku;Engkau tahu kesusahanku.
9. Engkau tidak membenarkan aku ditawan musuh;Engkau membolehkan aku berjalan dengan bebas.
10. Kasihanilah aku, ya TUHAN,kerana aku dalam kesusahan;mataku pedih kerana menangis;jiwa ragaku merana.
11. Kedukaan telah menyingkatkan hidupku,dan tangisan telah memendekkan umurku.Kesihatanku merosot kerana kesusahanku,bahkan tulangku menjadi rapuh.
12. Semua musuhku mentertawakan aku;jiran-jiranku menghina aku;mereka yang mengenal aku takut akan aku;mereka lari apabila nampak aku di jalan.
13. Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati;aku umpama barang terbuang.
14. Aku mendengar bisikan musuhku;perkara dahsyat terdapat di sekelilingku.Mereka berkomplot menentang aku,dan merancang hendak membunuh aku.
15. Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;Engkaulah Allahku.
16. Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;selamatkanlah aku daripada musuhkudan daripada mereka yang menganiaya aku.
17. Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu;selamatkanlah aku demi kasih-Mu.
18. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;jangan biarkan aku dipermalukan.Biarlah orang jahat dipermalukan,dan turun ke alam maut dengan senyap.