16. Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;selamatkanlah aku daripada musuhkudan daripada mereka yang menganiaya aku.
17. Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu;selamatkanlah aku demi kasih-Mu.
18. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;jangan biarkan aku dipermalukan.Biarlah orang jahat dipermalukan,dan turun ke alam maut dengan senyap.
19. Biarlah pembohong menjadi kelu,kerana mereka sombong dan menghina orang jujur.
20. Betapa limpahnya kebaikan-Muyang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau.Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukanbagi mereka yang berlindung kepada-Mu.
21. Engkau menyembunyikan mereka di tempat hadirat-Mu,yang selamat daripada komplot manusia;Engkau menyembunyikan mereka di tempat perlindunganyang selamat daripada hinaan musuh mereka.
22. Terpujilah TUHAN!Sangat mengagumkan kasih-Nya bagiku,ketika aku dikepung dan diserang oleh musuh.
23. Aku takut dan menyangkabahawa TUHAN telah mengusir aku dari hadirat-Nya.Tetapi Dia telah mendengar seruanku,ketika aku minta pertolongan-Nya.
24. Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.TUHAN melindungi orang yang setia,tetapi menghukum orang yang sombong.
25. Kuatkanlah dan teguhkanlah hati kamu,kamu semua yang berharap kepada TUHAN.