Mazmur 31:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud.

2. Aku berlindung pada-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.Engkau Allah yang adil;selamatkanlah aku.

3. Dengarlah aku! Selamatkanlah aku dengan segera!Jadilah penaungku untuk melindungi aku,dan pembelaku untuk menyelamatkan aku.

4. Engkaulah penaungku dan pembelaku;bimbinglah aku menurut janji-Mu.

5. Selamatkanlah aku daripada perangkap yang dipasang untukku;Engkaulah tempat perlindunganku.

6. Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu.Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.

7. Engkau membenci orang yang menyembah berhala,tetapi aku percaya kepada TUHAN.

8. Aku akan bergembira dan bergirang,kerana Engkau tetap mengasihi aku.Engkau nampak penderitaanku;Engkau tahu kesusahanku.

9. Engkau tidak membenarkan aku ditawan musuh;Engkau membolehkan aku berjalan dengan bebas.

Mazmur 31