Mazmur 27:2-9 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku,mereka akan tersandung lalu jatuh.

3. Walaupun semua tentera mengepung aku,aku tidak akan takut;walaupun musuhku menyerang aku,aku akan tetap percaya kepada Allah.

4. Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;hanya satu sahaja yang aku minta;untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,dan meminta bimbingan-Nya.

5. Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku;Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya,dan menempatkan aku di atas gunung batu.

6. Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku.Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya;aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.

7. Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu.Kasihanilah aku dan jawablah aku!

8. Hatiku berkata, “Marilah menyembah Dia.”Aku segera datang, ya TUHAN;

9. janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.Janganlah marah dan tolak hamba-Mu.Engkaulah yang telah menjadi penolongku.Janganlah tinggalkan atau buang aku,ya Allah, penyelamatku!

Mazmur 27