4. Aku tidak bergaul dengan orang yang tidak berguna;aku tidak berhubungan dengan orang yang berpura-pura.
5. Aku membenci pergaulan dengan orang jahat,dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.
6. Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah,dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.
7. Aku menyanyikan sebuah mazmurdan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.
8. Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu,tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.
9. Janganlah musnahkan aku bersama-sama orang berdosa;lindungilah aku daripada nasib pembunuh,
10. iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatandan selalu sedia menerima rasuah.
11. Tetapi aku hidup dengan tulus hati;kasihanilah dan selamatkanlah aku.
12. Aku selamat daripada segala bahaya;aku akan memuji TUHAN dalam perhimpunan umat-Nya.