Mazmur 25:4-16 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,nyatakanlah apa yang harus aku lakukan.

5. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu,kerana Engkau penyelamatku.Aku selalu berharap kepada-Mu.

6. Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu,yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.

7. Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku.Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.

8. Kerana TUHAN baik dan adil,Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.

9. Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar,dan mengajar mereka kehendak-Nya.

10. Orang yang mentaati perjanjian dan perintah-Nya,dipimpin-Nya dengan kasih dan setia.

11. Ya TUHAN, ampunilah aku sesuai dengan janji-Mu,kerana besarlah dosaku.

12. Orang yang taat kepada TUHANakan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh.

13. Mereka akan sentiasa hidup makmur,dan anak cucu mereka akan mewarisi negeri itu.

14. TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya,dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka.

15. Aku sentiasa mengharapkan pertolongan daripada TUHAN,dan Dia menyelamatkan aku daripada bahaya.

16. Berpalinglah kepadaku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku,kerana aku keseorangan dan lemah.

Mazmur 25