Mazmur 21:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2. Raja bergembira, ya TUHAN,kerana Engkau menguatkan raja;raja bersukacita kerana kemenanganyang Engkau berikan kepadanya.

3. Engkau telah memenuhi segala hasrat hatinya;Engkau telah mengabulkan permintaannya.

4. Engkau datang kepadanya dengan berkat yang berlimpah,dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya.

5. Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya,bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.

6. Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu;Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.

Mazmur 21