Mazmur 20:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2. Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan.Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.

3. Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nyadan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.

4. Semoga Dia menerima segala persembahanmudan berkenan pada segala korbanmu.

5. Semoga Dia memberi kamu keinginanmudan menjayakan segala rancanganmu.

6. Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu,dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita.Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.

7. Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangankepada raja pilihan-Nya;dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya.Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.

Mazmur 20