Mazmur 18:8-16 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Kemudian bumi bergempa dan bergoncang;tapak gunung bergoyang dan bergegar,kerana Allah murka.

9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.

10. Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.

11. Dia terbang laju dengan mengenderai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.

12. Dia menutup diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia.

13. Hujan batu dan api datang dari kilat yang di hadapan-Nya,menembusi awan yang tebal itu.

14. Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa;dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.

15. Dia melepaskan anak panah-Nya dan mencerai-beraikan musuh-Nya;Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.

16. Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika Engkau menegur musuh-Mu, ya TUHAN,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.

Mazmur 18