Mazmur 18:40-51 Alkitab Berita Baik (BM)

40. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.

41. Engkau menyebabkan musuhku lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.

42. Mereka berteriak minta tolong, tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.

43. Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin;aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.

44. Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak,dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa;bangsa yang tidak aku kenal menjadi rakyatku.

45. Bangsa asing meromok ketakutan di hadapanku,dan taat apabila mendengar perintahku.

46. Mereka hilang keberanian;mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan.

47. TUHAN hidup! Pujilah pembelaku!Isytiharkanlah keagungan Allah penyelamatku!

48. Dia memberi aku kemenangan atas musuhku;Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku

49. dan menyelamatkan aku daripada lawanku.Ya TUHAN, Engkau memberi aku kemenangan atas musuhkudan melindungi aku daripada orang ganas.

50. Oleh itu aku memuji Engkau di kalangan bangsa-bangsa;aku menyanyikan pujian untuk-Mu.

51. Allah memberikan kemenangan besar kepada raja pilihan-Nya;Dia tetap mengasihi orang yang dilantik-Nya,iaitu Daud dan keturunannya, untuk selama-lamanya.

Mazmur 18