4. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.
5. Bahaya maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.
6. Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7. Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8. Kemudian bumi bergempa dan bergoncang;tapak gunung bergoyang dan bergegar,kerana Allah murka.
9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.
10. Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.
11. Dia terbang laju dengan mengenderai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.