Mazmur 18:35-46 Alkitab Berita Baik (BM)

35. Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.

36. Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agungdan kuasa-Mu memelihara keselamatanku.

37. Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.

38. Aku mengejar musuhku dan menangkap mereka;aku tidak berhenti sehingga aku mengalahkan mereka.

39. Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.

40. Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.

41. Engkau menyebabkan musuhku lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.

42. Mereka berteriak minta tolong, tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.

43. Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin;aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.

44. Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak,dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa;bangsa yang tidak aku kenal menjadi rakyatku.

45. Bangsa asing meromok ketakutan di hadapanku,dan taat apabila mendengar perintahku.

46. Mereka hilang keberanian;mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan.

Mazmur 18