Mazmur 18:19-30 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Ketika aku dalam kesusahan, mereka menyerang aku,tetapi TUHAN melindungi aku.

20. Dia melepaskan aku daripada bahaya;Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku.

21. TUHAN mengganjar aku kerana aku melakukan yang benar;Dia memberkati aku kerana aku tidak bersalah.

22. Aku mematuhi Taurat TUHAN;aku tidak meninggalkan Allahku.

23. Aku telah mentaati segala hukum-Nya;aku tidak pernah mengingkari perintah-Nya.

24. Dia tahu bahawa aku tidak bercela,dan aku menjauhkan diri daripada kesalahan.

25. Oleh itu Dia mengganjar aku kerana aku melakukan yang benar,kerana Dia tahu bahawa aku tidak bersalah.

26. Ya TUHAN, Engkau setia kepada orang yang setia kepada-Mu,dan Engkau sangat baik kepada orang yang baik.

27. Engkau menyatakan diri-Mu suci kepada orang yang suci,tetapi Engkau memusuhi orang yang jahat.

28. Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,tetapi Engkau merendahkan orang yang sombong.

29. Engkau memberikan cahaya kepadaku;TUHAN Allahku menerangi kegelapanku.

30. Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku,dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.

Mazmur 18