Mazmur 18:15-22 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Dia melepaskan anak panah-Nya dan mencerai-beraikan musuh-Nya;Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.

16. Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika Engkau menegur musuh-Mu, ya TUHAN,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.

17. Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya,Dia memegang aku,lalu menarik aku keluar dari air yang dalam.

18. Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat,dan daripada mereka yang membenci aku,kerana mereka terlalu kuat bagiku.

19. Ketika aku dalam kesusahan, mereka menyerang aku,tetapi TUHAN melindungi aku.

20. Dia melepaskan aku daripada bahaya;Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku.

21. TUHAN mengganjar aku kerana aku melakukan yang benar;Dia memberkati aku kerana aku tidak bersalah.

22. Aku mematuhi Taurat TUHAN;aku tidak meninggalkan Allahku.

Mazmur 18