Mazmur 18:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN. Dinyanyikan kepada TUHAN pada waktu TUHAN menyelamatkan Daud daripada Raja Saul dan daripada semua musuhnya.

2. Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN!Engkaulah pembelaku.

3. TUHAN ialah pelindungku;Dia bagaikan kubu yang kuat bagiku.Allahku tempat perlindunganku,aku selamat bersama dengan Dia.Dia melindungi aku seperti perisai;Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat.

4. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

5. Bahaya maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.

6. Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.

7. Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.

8. Kemudian bumi bergempa dan bergoncang;tapak gunung bergoyang dan bergegar,kerana Allah murka.

9. Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.

10. Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.

Mazmur 18