Mazmur 16:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud.Jagalah aku, ya Allah,kerana aku berlindung kepada-Mu.

2. Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku;tiada yang baik bagiku selain Engkau.”

3. Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah!Aku sangat ingin bersama-sama mereka.

4. Mereka yang menyembah dewa-dewabertambah-tambah kesusahan mereka.Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban;aku tidak mahu menyembah dewa mereka.

5. Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki,Engkau memberi aku segala keperluanku;nyawaku ada di dalam tangan-Mu.

Mazmur 16