Mazmur 149:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pujilah TUHAN!Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!

2. Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu;bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!

3. Pujilah nama-Nya dengan tarian;pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

4. TUHAN berkenan kepada umat-Nya;Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

Mazmur 149