Mazmur 147:13-20 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Dia menguatkan pintu gerbangmu;Dia memberkati umatmu.

14. Dia menjaga keamanan negerimudan memuaskan engkau dengan gandum yang terbaik.

15. Dia memberikan perintah kepada bumi,dan firman-Nya dilaksanakan dengan segera.

16. Dia meliputi tanah dengan salji seperti menghamparkan selimut,Dia menghamburkan embun beku seperti menghamburkan debu.

17. Dia menurunkan hujan batu seperti kerikil;tiada sesiapa pun tahan menghadapi kesejukan itu.

18. Kerana firman-Nya, air batu menjadi cair;Dia meniupkan angin, maka air pun mengalir.

19. Dia memberikan firman-Nya kepada umat-Nya,peraturan dan hukum-Nya kepada Israel.

20. Dia tidak berbuat demikian bagi bangsa lain;mereka tidak mengenal hukum-Nya.Pujilah TUHAN!

Mazmur 147