Mazmur 143:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Oleh itu aku putus asa,aku tidak berdaya.

5. Aku mengingatkan masa yang lalu;aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan,aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.

6. Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.

7. Jawablah aku segera, ya TUHAN,aku putus harapan.Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.

8. Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,kerana aku berharap kepada-Mu.Aku berdoa kepada-Mu;tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.

9. Aku datang hendak berlindung kepada-Mu,ya TUHAN, selamatkanlah aku daripada musuhku.

10. Engkaulah Allahku;ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.Berbuat baiklah kepadaku,dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.

Mazmur 143