Mazmur 143:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud.Ya TUHAN, dengarlah doaku,terimalah rayuanku!Engkau baik dan setia,oleh itu jawablah aku!

2. Janganlah hakimi aku, hamba-Mu;tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.

3. Musuhku telah memburu aku,dan mengalahkan aku.Dia memasukkan aku ke dalam penjara yang gelap,dan aku ini seperti orang yang sudah lama mati.

4. Oleh itu aku putus asa,aku tidak berdaya.

5. Aku mengingatkan masa yang lalu;aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan,aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.

6. Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.

7. Jawablah aku segera, ya TUHAN,aku putus harapan.Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.

8. Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,kerana aku berharap kepada-Mu.Aku berdoa kepada-Mu;tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.

Mazmur 143