Mazmur 141:3-10 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Ya TUHAN, kawallah mulutku,dan jagalah bibirku.

4. Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat,dan daripada pergaulan dengan orang derhaka.Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka.

5. Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik,tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahatkerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.

6. Apabila pemerintah mereka dicampakkan dari tebing batu,barulah mereka akan mengakui bahawa perkataanku benar.

7. Seperti kayu yang dibelah dan ditetak kecil-kecil,begitulah juga tulang mereka dihamburkan di tepi kubur.

8. Tetapi aku tetap percaya kepada-Mu, ya TUHAN Rajaku;aku mengharapkan perlindungan-Mu;janganlah biarkan aku mati!

9. Lindungilah aku dari perangkap yang dipasang untukku,dari jerat yang dipasang oleh orang jahat.

10. Biarlah mereka jatuh ke dalam perangkap mereka sendiri,sedangkan aku dapat melepaskan diri dan selamat.

Mazmur 141