Mazmur 141:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Mazmur Daud.Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; tolonglah aku sekarang!Dengarlah aku apabila aku berseru kepada-Mu.

2. Terimalah doaku sebagai kemenyan,dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam.

3. Ya TUHAN, kawallah mulutku,dan jagalah bibirku.

4. Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat,dan daripada pergaulan dengan orang derhaka.Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka.

5. Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik,tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahatkerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.

6. Apabila pemerintah mereka dicampakkan dari tebing batu,barulah mereka akan mengakui bahawa perkataanku benar.

Mazmur 141